ﻡﯿﺣﺮﻟﺁﻥﻤﺣﺮﻟﺁﷲﺁﻢﺳﺑ





Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan semestas alam, selawat dan salam ke atas Nabi Muhamad SAW dan keluarga serta sahabat-sahabatnya. Saya mengucapkan syabas serta tahniah kepada Unit ICT SMTBP kerana berjaya membangunkan Laman Web Sekolah http://www.smtbp.edu.my. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada Unit ICT kerana memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata untuk laman web ini. Pembangunan web ini melambangkan kesinambungan aktiviti-aktiviti para pelajar dan dokumen penting yang menggambarkan pergerakan dan pengurusan sekolah sepanjang tahun. Semua aktiviti yang dilaksanakan telah dirancang dengan teliti supaya tidak lari dari visi misi sekolah dalam masa yang sama ia memberi petunjuk kepada usaha pihak sekolah untuk membangunkan modal insan yang bermakna sesuai dengan fungsi sekolah yang menawarkan perkhidmatan kepada pelajar. Sesungguhnya kecemerlangan sesaorang pelajar dalam bidang akademik tidak akan bermakna seandainya tidak diiringi dengan kecemerlangan sahsiah dan tingkah laku. Dengan ini usaha dari pihak sekolah, ibubapa, masyarakat sekeliling serta pelajar itu sendiri memungkinkan ketiga-tiga unsur kecemerlangan ini dapat direalisasikan. Sekian Selamat Berjaya. Pengetua SMTBP






Mengapa Kita Tidak Boleh Cemerlang


saya mengucapkan tahniah kepada pelajar SPM2009 yang telah mencapai kelulusan 100% dan telah meningkatkan kualiti GPS dari 5.35 kepada 5.28. Walaupun tidak mencapai visi yang kita targetkan iaitu 5.11, tetapi sekurang-kurangnya ada juga peningkatan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru saya yang telah bertungkus lumus dalam menjadikan pelajar cemerlang dalam matapelajaran masing-masing. Tahun 2010 ini kita mensasarkan peratus kelulusan 100% dan GPS 4.75. Saya merasakan ini boleh dicapai sekiranya kita semua berganding bahu, membulatkan tekad dan berusaha bersungguh-sungguh. Saya mengingatkan dalam perhimpunan pagi tadi bahawa untuk mecapai kecemerlangan kita perlu mempunya NIAT yang ikhlas, diiukti dengan USAHA bersungguh-sungguh dan akhir kita berTAWAKAL kepada ALLAH. Jika ini dapat diamalkan secara konsisten dan mengikut prosedur yang betul dan tepat insyAllah kita akan berjaya. Tahniah sekali lagi untuk semua warga SM Vokasional Batu Pahat.


MEMBUDAYA HIDUP BERPERATURAN