ﻡﯿﺣﺮﻟﺁﻥﻤﺣﺮﻟﺁﷲﺁﻢﺳﺑ


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada unit ini kerana memberikan kesempatan untuk merakamkan kata alu-aluan.Selaku YDP PIBG sekolah ini, saya amat berbangga dengan kerjasama padu yang ditunjukkan oleh Unit ICT untuk membangunkan Laman web ini. Saya yakin ini adalah berikutan usahasama di antara guru-guru dan para pelajar khususnya. Usaha yang demikian juga telah membuktikan bahawa warga SMTBP bukan sahaja mampu meningkatkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum malah memastikan anak-anak kita menjadi pelajar yang gigih mempertingkatkan diri menjadi warga yang berkemahiran dan berwawasan.Ibu bapa pula perlu memupuk pertalian yang lebih erat dengan warga SMTBP agar dapat mendorong para pelajar berusaha dengan lebih giat untuk menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan.saya menaruh sepenuh harapan agar sekolah & PIBG berjaya menangani segala masalah yang dihadapi oleh para pelajar agar dapat mencapai tahap yang Lebih membanggakan di samping mewujudkan generasi yang berwawasan di dalam duna tanpa sepadan ini.


Yang Dipertua PIBG, SMVBP